BurGer Crew Inc.
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


BurGer Crew Limbang
 
HomeportalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 SAMAD LEFTHANDED MENINGGAL DUNIA

Go down 
2 posters
AuthorMessage
KeyChain
Burger Crew Advisor
Burger Crew Advisor
KeyChain


Male
Number of posts : 219
Age : 52
Location : LMN
Registration date : 2008-08-10

SAMAD LEFTHANDED MENINGGAL DUNIA Empty
PostSubject: SAMAD LEFTHANDED MENINGGAL DUNIA   SAMAD LEFTHANDED MENINGGAL DUNIA I_icon_minitimeFri Oct 24, 2008 10:25 pm

Samad Lefthanded meninggal

SAMAD LEFTHANDED MENINGGAL DUNIA Mainpixgs6
SUMARI dan Alis di Hospital Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR: Pemain gitar kumpulan rock terkenal Lefthanded, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, meninggal dunia selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang, di sini, tengah hari semalam.

Isteri Allahyarham, Norliza Sumari, 41, ketika dihubungi berkata, arwah pengsan ketika di pejabatnya jam 12 tengah hari lalu diberi bantuan pernafasan oleh anak sulung mereka, Alif Ashraf Shafiq, 18.

“Arwah sekali lagi tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke Hospital Ampang, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Samad disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 1.05 tengah hari.

“Pemergiannya mengejutkan kami kerana arwah tidak menghidap sebarang penyakit,” kata Norliza.

SAMAD LEFTHANDED MENINGGAL DUNIA 10232008arwahsamadadd3

Selain Alif Ashraf, Samad yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 26 September 1963 turut meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Ayunda Syakim, 17; Alis Suhayana, 15; dan Ahmad Syafri, 6.

Arwah menceburi bidang seni bersama Lefthanded pada usia 20 tahun dan menghasilkan album seperti Keadilan (1986), Seruan (1987), Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme & Ramli Sarip (1990) dan Nafas (1996).
Abdul Samad Mian

Arwah turut menerbitkan album Syurga dan Neraka untuk kumpulan itu.

Bagaimanapun, selepas Lefthanded tidak lagi aktif, arwah meneruskan kerjaya solo dan menghasilkan beberapa album termasuk terbaru, Guitar Jamming yang dipasarkan Jun lalu. Album Samad pernah memenangi kategori Album Solo Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995.

Nama Samad juga popular peringkat antarabangsa apabila bekerjasama menghasilkan album kompilasi membabitkan pemuzik seperti Allan Hordsworth, Marc Bonila, Paul Gilbert dan Akira Tagasaki yang diterbitkan di Jepun pada 1997.

Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu.





TAKZIAH UNTUK KELUARGA ALLAHYARHAM, SEMOGA SABAR MENGHADAPI DUGAAN DARI ALLAH S.W.T....AL-FATIHAH...
Back to top Go down
http://www.lkim.gov.my
pearL_7fing3rs
Burger Crew Staff
Burger Crew Staff
pearL_7fing3rs


Male
Number of posts : 421
Age : 39
Location : limbang
Registration date : 2008-07-17

SAMAD LEFTHANDED MENINGGAL DUNIA Empty
PostSubject: Re: SAMAD LEFTHANDED MENINGGAL DUNIA   SAMAD LEFTHANDED MENINGGAL DUNIA I_icon_minitimeSun Apr 05, 2009 9:03 pm

innalilla....baru saya tau arini..duina... al-fatihah utk kluarga mangsa... amin...
Back to top Go down
http://www.burgercrew.tk
 
SAMAD LEFTHANDED MENINGGAL DUNIA
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
BurGer Crew Inc. :: Forum Management :: News & Infos-
Jump to: